Saturday, June 4, 2011

Aplikasi Percuma dari Comm100

Pernahkah anda lawati laman Comm100 kebelakangan ini? 



"Comm100 adalah penyedia khidmat sokongan dan pembekal perisian komunikasi pelanggan yang ternama. Kami menyediakan perisian sumber terbuka dan pelayan khidmat komunikasi pelanggan secara PERCUMA untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana."

OK ... Apa ertinya bagi kita? 

Sesebuah laman web yang baik dan berpaksikan pengunjung (atau pelanggan) lazimnya akan menyediakan ruang untuk pengunjung berkomunikasi dengan mereka. Fungsi mesra pengunjung ini lazimnya memerlukan sedikit pelaburan. Semakin baik perkhidmatan yang diperlukan, semakin banyak perlu kita belanjakan. 

Dalam sebuah komunikasi yang baik, kita harus memastikan bahawa komunikasi adalah: 


  • Masa nyata (real time)
  • Sentiasa tersedia (24 / 7)
  • Boleh dipercayai (reliable)

Untuk itu berlaku, aplikasi yang akan kita gunakan harus tersedia dengan salah satu daripada fungsi berikut: 


  • Perbualan - chat (untuk mengaktifkan komunikasi berasaskan teks atau suara)
  • Sokongan email (komunikasi berasaskan e-mel sebagai alternatif kepada kaedah perbualan)
  • Forum (untuk melayani soalan yang sering berulang)





Mari kita lihat apa yang Comm100 sediakan ... 


"Dengan produk yang terintegrasi penuh, anda boleh mempunyai pandangan 360 darjah ke atas pelanggan dan pelanggan berpotensi dalam satu portal web yang terintegrasi, sehingga anda dapat memahami mereka lebih baik. Anda boleh melihat.:
  • Jika pelanggan anda telah ke laman web anda. Bila, laman mana dan berapa kali.
  • Jika pelanggan anda berbual dengan wakil dalam talian sokongan anda.
  • Jika pelanggan anda menghantar e-mel.
  • Jika pelanggan anda mengirimkan soalan di dalam forum anda.
  • Jika pelanggan anda membuka newsletter anda atau klik pautannya"



Comm100 adalah contoh alternatif percuma terbaik untuk semua produk-produk mahal yang menawarkan kualiti perkhidmatan yang serupa. Dengan tawaran muat turun produk Open Source dan perkhidmatan pelayan pelanggan, Comm100 menawarkan aplikasi di bawah ini secara percuma untuk setiap pengguna berdaftar: 

  1. Live Chat
  2. Email tiket
  3. Forum
  4. Newsletter
  5. Knowledge Base
  6. Issue Tracking
  7. dan Survey
Saya telah menggunakan fungsi Live Chat dari Comm100 untuk beberapa waktu dan akan mengatakan bahawa itu adalah produk hebat yang menawarkan fungsi setara (atau lebih) daripada pesaingnya yang berteraskan keuntungan! Tanpa perlu risau masalah kemas kini produk, Live Chat yang saya gunakan terus berfungsi seperti mana kali pertama saya memuatkannya di halaman saya! 



Saya akan memberikan 5 bintang untuk fungsi dan kecekapannya. Sangat disyorkan untuk mereka yang mencari aplikasi web berasaskan komunikasi yang baik dan menjimatkan. 

Berkunjung ke http://www.comm100.com/ untuk mempelajari lebih lanjut tentang aplikasi yang ditawarkan. 

Bagaimana dengan anda?  Sila beri bintang anda untuk Comm100 bawah:





Yang percuma pun OK apa...

Selamat berkunjung ke blog Free pun OK!


Blog ini ditujukan untuk semua aplikasi atau apa-apa yang percuma di luar sana. Dengan rasa rendah diri saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan produk hebat ini secara percuma!